fbpx

Sapiah wanita Orang Asli pertama jadi KP Jakoa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri (kiri) menyerahkan surat pelantikan kepada Sapiah hari ini.

PETALING JAYA – Sapiah Mohd. Nor, 56, mencatat sejarah apabila menjadi wanita Orang Asli pertama dilantik ke jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam apabila beliau bakal menggalas tugas sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) bermula esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, beliau telah menyerahkan surat pelantikan jawatan Ketua Pengarah Jakoa tersebut kepada Sapiah yang berketurunan Suku Semai hari ini.

“Pelantikan Sapiah telah diperkenan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Bagi pihak kerajaan dan seluruh Keluarga Malaysia, saya merakamkan ucapan tahniah dan selamat menjalankan tugas,” katanya menerusi satu entri di Facebook hari ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI