fbpx

Pertemuan Liverpool, Milan gamit memori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL akan membariskan pasukan terbaik menentang Milan di Anfield awal pagi esok. – AFP

LIVERPOOL – Pengurus Li­verpool, Jurgen Klopp mempertaruhkan kesebelasan terbaik bagi memastikan mereka muncul dua pasukan terbaik daripada Kumpulan B yang dianggap ‘kumpulan maut’ dalam saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Lebih-lebih lagi apabila pe­ngendali berusia 54 tahun itu menyedari kepentingan aksi pembukaan Kumpulan B menentang seteru tradisi, AC Milan kepada peminat-peminat The Reds di Anfield awal pagi esok.

Justeru, Klopp bertekad untuk menebus kekecewaan Li­verpool yang pernah tewas 1-2 kepada Rossoneri sewaktu pertemuan kompetitif terakhir antara kedua-dua pasukan pada final edisi 2006/2007.

“Ini adalah pentas Liga Juara-Juara dan sudah tentu anda mahu menurunkan pasukan terbaik apatah lagi lawan anda adalah salah satu kuasa besar Eropah seperti Milan.

“Bukan sahaja pemain tetapi penyokong juga tidak sabar untuk menghadapi aksi ini. Jadi, kami mahu membuktikan bahawa Liverpool layak mencabar kejuaraan kali ini selepas kegagalan musim lalu.

“Buat masa ini, saya tidak terfikir untuk membuat penggiliran pemain, sebaliknya akan membariskan skuad terbaik. Saya mahu pemain menikmati perlawanan ini dan berikan prestasi terbaik mereka,” katanya.

Memori final 2005 di Istanbul pastinya masih segar dalam ingat­an setiap penyokong The Reds selepas menyaksikan pasukan mereka bangkit daripada ketinggalan tiga gol untuk mengikat kedudukan 3-3 sebelum menewaskan Milan 3-2 menerusi penentuan sepakan penalti.

Selain Milan, Liverpool akan berhadapan dengan dua lagi pasukan hebat iaitu juara La Liga di Sepanyol, Atletico Madrid dan gergasi Portugal, Porto dalam saingan Kumpulan B. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI