fbpx

APMM rampas 39kg syabu RM1.95 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NURUL Hizam (tengah) menunjukkan bungkusan dadah dipercayai jenis syabu yang ditemui dalam bagasi di dalam bot yang ditinggalkan di Sungai Kesang, Muar, awal pagi hari ini.

BATU PAHAT- Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup keluar 39 kilogram (kg) dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM1.95 juta dalam kejadian di Sungai Kesang di sini, awal pagi hari ini.

Pengarah APMM Johor, Laksmana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, pihaknya berjaya mengesan kehadiran sebuah bot mencurigakan kira-kira pukul 1.30 pagi di kedudukan 1.6 batu nautika tenggara Sungai Kesang.

“Pihak kami berjaya mengesan kehadiran sebuah bot fibre tanpa nombor pendaftaran, sebaik menyedari kehadiran bot ronda APMM, dua suspek yang berada di dalam bot terus memecut laju ke arah hutan bakau berhampiran sebelum nekad terjun untuk melarikan diri.

“Pemeriksaan lanjut ke atas bot berkenaan kemudiannya menemui dua bagasi berwarna hitam mengandungi paket bungkusan teh cina berwarna hijau,” katanya dalam sidang akhbar di Bilik Mesyuarat Operasi Zon Maritim Batu Pahat, di sini hari ini.

Nurul Hizam berkata, hasil penggeledahan pihaknya berjaya menjumpai 38 bungkusan dipercayai dadah jenis syabu yang disimpan di dalam dua buah bagasi berkenaan yang dianggarkan berat keseluruhannya melebihi 39 kg.

“Turut dirampas, sebuah bot fibre beserta enjin Yamaha 30 kuasa kuda bernilai kira-kira RM20,000. Keseluruhan rampasan termasuk dadah adalah berjumlah RM1.97juta.

“Usaha mengesan kedua-dua suspek kini giat dijalankan termasuklah melakukan padanan cap jari oleh jabatan forensik bagi menjejaki dalang terlibat,” katanya.

Nurul Hizam berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.-K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI