fbpx

Kompleks AHK di Bukit Cerakah telan belanja RM20 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ilustrasi Kompleks AHK yang menawarkan pengajian bukan sekadar buat golongan muda, malah kumpulan berusia 40 tahun ke atas.

PETALING JAYA – Badan korporat disaran tampil untuk membantu Yayasan Sabha bagi pembangunan projek Kompleks Anjung Husnul Khatimah (AHK) yang bakal dibangunkan Bukit Cerakah, Shah Alam.

Projek pembinaan pusat pe­ngajian Islam yang menggabungkan pembelajaran teori dan praktis itu bakal menelan kos pembinaan sehingga lebih daripada RM20 juta.

Pengasas Yayasan Sabha, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali berkata, kompleks yang dijangka siap menjelang tahun 2023 itu menyediakan modul pembelajaran yang memberi penekanan terhadap amal ibadat bagi umat Islam tanpa mengira pangkat, kerjaya dan latar belakang.

Ini bermakna, ruang dan peluang terbuka luas untuk golongan fakir miskin, anak yatim dan ibu tunggal untuk mendapat manfaat daripada pengajian Islam secara percuma.

“Kami mengharapkan pe­nyertaan lebih ramai umat Islam bagi bersama-sama membantu membangunkan AHK sebagai satu kewajipan kita beribadah dan bersedekah,” katanya dalam sidang akhbar secara maya ­baru-baru ini.

AHK yang diwaqafkan atas nama Majlis Agama Islam Sela­ngor itu akan menempatkan pusat Islam, bilik penginapan, auditorium, bilik kuliah, bilik rawatan, gimnasium, kios, ruang rehat dan ruang tamu serta dewan makan.

“Struktur bangunan dan kemudahan yang bakal disediakan di kompleks berkenaan bertaraf tiga bintang,” jelas Hasan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI