fbpx

Tiga polis Kelantan terkorban akibat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafien (kanan) menandatangani plak perasmian Balai Polis Palekbang, Tumpat hari ini. - Foto ZULHANIFA SIDEK

TUMPAT – Seramai tiga anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kelantan meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 sepanjang tahun ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, selain itu, seramai 224 warga PDRM Kelantan disahkan positif Covid-19 merangkumi pegawai, anggota, kakitangan awam dan keluarga.

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 129 individu masih menjalani tempoh kuarantin sama ada di rumah masing-masing atau di pusat kuarantin.

“Ada antara mereka dijangkiti ketika bertugas di sekatan jalan raya dan semasa proses siasatan termasuk semasa mengiringi suspek kes dalam tempoh tahanan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Balai Polis Palekbang di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Shafien berkata, polis akan mempertingkatkan kawalan di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bagi mengelak cubaan individu meloloskan diri.

Antara yang diberi tumpuan adalah pelaksanaan PKPD di Kampung Simpangan dan Bendang Pak Yong dalam Mukim Pengkalan Kubor di sini yang akan bermula tengah malam ini sehingga 28 September depan. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI