fbpx

Jangan sampai ke Penang, Caprice terima 60 ugutan bunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CAPRICE mengakui dikawal polis akibat pelbagai ugutan bunuh yang diterimanya sejak kembali ke tanah air sekitar seminggu lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi rap, Caprice mendedahkan sepanjang tempoh dua bulan kebelakangan ini, dia menerima lebih 60 ugutan bunuh.

Pemilk nama lengkap, Ariz Ramli itu berkata, bermacam-macam ugutan telah diterimanya sejak namanya menjadi hangat atas beberapa isu.

“Saya minta maaf kalau saya terpaksa meluahkan perasaan seperti ini. Dalam masa dua bulan ini, saya terima lebih 60 ugutan bunuh.

“Nak jumpa depan pintu pagar, nak turun pejabat, mak ajak jumpa, nak ugut jangan sampai ke Pulau Pinang dan macam-macam lagi,” katanya yang turut mendedahkan beberapa akaun media sosial yang menyiarkan kandungan berbaur ‘ancaman’ terhadapnya sebelum ini.

Kata Pelantun lagu Lenglui itu, disebabkan ugutan-ugutan yang diterimanya, dia telah diberikan pengawasan pihak keselamatan 24 jam sehari sejak kembali ke tanah air sekitar seminggu lalu.

“Dah tak menyeronokkkan apatah lagi kelakar. Kita boleh buat benda ini mengikut lunas undang-undang atau sesiapa yang terlibat, kita boleh adakan perlawanan kick boxing kebajikan antara pasukan saya dan pasukan anda.

“Selesaikan dengan undang-undang atau selesaikanya di gelanggang. Saya okey sahaja tapi tinggal ugutan dan mengharapkan saya, akan bisu. Saya bukan orang macam itu.

Terdahulu, Caprice banyak menerima direct messege berbaur ugutan dalam Instagram disebabkan rasa tidak senang dengan pendekatan yang digunakan aktivis kemanusian itu lebih dua bulan berada di Mesir dan Jordan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI