PANDEMIK Covid-19 yang melanda dunia telah menyaksikan pelitup muka menjadi satu keperluan bagi mengekang penularan wabak tersebut.
Menyedari akan kepentingan pelitup muka, LG Electronics telah melancarkan LG PuriCare Wearable Air Purifier.
Pelitup muka ini ditawarkan pada harga premium dan dilengkapi dengan teknologi pembersihan udara.
Ini membolehkan pengguna menerima udara yang lebih bersih.
Menggabungkan dua penapis HEPA H13, pelitup muka ini dapat menapis partikel zarah berbahaya seperti virus, habuk dan bakteria sehingga 99.95 peratus.
Selain itu, dengan berat hanya 94 gram pelitup muka ini dicipta dengan material yang berkualiti tinggi dan dilengkapi dengan tali telinga elastik yang membolehkannya dilaras mengikut keselesaan pengguna.
Dengan reka bentuk yang cukup ergonomik, pelitup wajah ini memberikan keselesaan kepada pengguna dalam pemakaiannya selain dapat mengurangkan kebocoran.
Pelitup muka ini juga dilengkapi dengan sensor pernafasan dan motor kipas yang dilaraskan secara automatik mengikut kitaran pernafasan pengguna.
Ini akan memberi keselesaan sewaktu pengguna menarik dan menghembuskan nafas.
Melalui sistem ini juga dapat mengurangkan kemunculan wap oada cermin mata.
Pelitup muka ini juga dilengkapi dengan teknologi VoiceON yang membolehkan percakapan anda didengari dengan lebih jelas.