fbpx

MV Peluang Kedua raih dua juta tontonan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Strategi penyanyi, Nabila Razali mele­takkan penyanyi rap kacak, MK K Clique sebagai hero dan rakan duet menerusi video muzik rasmi Peluang Kedua menjadi apabila video tersebut berjaya meraih lebih dua juta tontonan dalam YouTube.

Kata Nabila, dia percaya kemunculan MK menjadi antara faktor pelaris klip muzik itu ditonton ramai memandang­kan jejaka tersebut sememangnya menjadi kegilaan wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor orang ramai menonton video muzik ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik semalam (kelmarin),” katanya.

Pemilik nama sebenar, Nur Nabila Mohd. Razali, 27, meluahkan rasa syukur dan terharu atas kejayaan video muzik ­Peluang Kedua, sekali gus mengulangi rekod single hitnya, Pematah Hati yang dilancarkan pada tahun 2017.

Kata Nabila, kejayaan tersebut merupakan satu penca­paian yang amat bermakna dalam kerjaya seninya sebagai pe­nyanyi.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua hasil ciptaan penyanyi dan komposer, Hael Husaini dan MFMF yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai satu juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Rekod itu mengulangi kejayaan lagu Pematah Hati pada 2017.

“Mungkin perkara biasa bagi orang lain, tetapi ini merupakan kejayaan besar buat saya,” katanya.

Nabila memberitahu, dia tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini video lirik yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan.

Penyanyi itu turut berterima kasih kepada pasukan produksi Ghzmsn Studio dan Pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab menghasilkan video yang berkualiti dan terbaik.

“Orang kuat di belakang tabir juga patut diberikan ucapan tahniah atas pencapaian ini.

“Banyak dugaan yang terpaksa kami lalui ketika menjalani proses penggambaran terutamanya cuaca hujan dan sejuk di Cameron Highlands, Pahang,” katanya.

Lagu Peluang Kedua versi baharu itu boleh didapati di semua pelantar strim bermula hari ini.

Setakat semalam, video muzik tersebut sudah merekodkan sebanyak 1.5 juta tonton di YouTube.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI