fbpx

Pelajar, staf IPT boleh vaksin secara walk-in

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Pelajar dan kakitangan Institut Pengajian Tinggi (IPT) boleh mendapatkan vaksin secara walk-in sebelum sesi pembelajaran secara fizikal dibuka pada 15 Oktober depan.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, bagi pelajar yang tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan, mereka diminta supaya menghubungi IPT masing-masing bagi tujuan penyelarasan.

“Bagi melancarkan proses kemasukan pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bersama Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) melalui insiatif VACC2 Campus giat mempertingkatkan jumlah warga IPT yang mendapat vaksin lengkap.

“Justeru itu, pelajar dan kakitangan IPT boleh mendapatkan vaksin secara walk-in di pusat pemberian vaksin (PPV) dengan hanya membawa kad pelajar atau kad pekerja serta kad pengenalan,” katanya pada pengumuman pengoperasian IPT secara maya hari ini.

Sementara itu, bagi pelajar baharu pula, beliau memberitahu, mereka perlu membawa surat tawaran ke IPT bersama kad pengenalan atau pasport bagi tujuan tersebut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI