fbpx

Sungai sesak pengunjung didakwa tiada permit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan air terjun Sungai Pisang di Batu Caves tular baru-baru ini.

PETALING JAYA – Tular sebuah video dipercayai di kawasan Air Terjun Sungai Pisang di Batu Caves, Gombak yang sesak dengan kehadiran orang ramai yang didakwa tidak mendapatkan kebenaran pihak berkuasa baru-baru ini.

Menerusi perkongsian pengguna @Jatlkhwan di Twitter, dimana dia memaparkan lampiran lokasi tumpuan ‘hotspot’ pendakian bagi negeri Selangor yang memerlukan permit.

Berdasarkan perkongsian tersebut, dapat dilihat bahawa had yang dibenarkan hanya 100 orang seminggu dan selain Air Terjun Sungai Pisang, destinasi melibatkan hutan perlu diminta permit.

“Rupanya yang pergi Air Terjun Sungai Pisang ramai-ramai tu tak ada permit dan Air Terjun Sungai Pisang cuma ada had daya tampung 100 orang seminggu.

“Dah, baik pergi cari air terjun lain, nanti tak dapat permit tak pasal-pasal kena tangkap atas dakwaan ceroboh,” katanya di Twitter.

Susulan daripada perkongsian tersebut orang ramai berasa terkejut kerana baru sahaja ketahui informasi bahawa memerlukan permit untuk memasuki kawasan tersebut.

“Baru tahu yang selama ini kawasan itu memerlukan kebenaran pihak berkuasa, sebelum ini main redah sahaja,” kata @Xxnynzym.

“Tak pernah tau pun, tapi yang peliknya ada makcik pakcik sebelum masuk itu, tiba-tiba datang kutip RM1,” ujar @Pparid.

“Kalau nak pergi mana mana hutan simpan kekal, boleh apply permit di SSO JPSM atau di jabatan perhutanan negeri masing masing anggaran bayaran permit dalam RM10 sahaja,” jelas @HaiSyahhh.

Difahamkan, Jabatan Perhutanan Selangor masih lagi menutup semua operasi dan aktiviti di Taman Eko Rimba, Denai dan Jalur pendakian dalam Hutan Simpanan Kekal semasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) fasa 2.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI