fbpx

Kedah, Kelantan catat kapasiti ICU lebih 100 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Lebih 100 peratus kapasiti penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) yang melibatkan pesakit Covid-19 dilaporkan di negeri Kedah dan Kelantan setakat semalam.

Melalui data yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi CovidNow , sebanyak 123.1 peratus atau 123 kes aktif ICU dicatatkan di Kedah manakala Kelantan pula mencatat sebanyak 103.3 peratus atau 144 kes.

Keadaan penggunaan katil-katil ICU di Putrajaya, Pulau Pinang, Pahang dan Selangor pula mencatatkan peratusan melebihi 90 peratus.

Sementara itu, Perlis pula mencatatkan kadar penggunaan katil hospital yang tertinggi iaitu sebanyak 100.6 peratus atau 174 kes yang masih aktif di wad.

Negeri Johor pula mencatatkan kapasiti penggunanaan katil menghampiri 100 peratus iaitu sebanyak 93.8 peratus. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI