fbpx

Anzalna menangis dengar pengorbanan ‘frontliner’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANZALNA dilihat beberapa kali menyeka air mata semasa menjadi moderator dalam sesi Live Instagram program NR4FRIDAYS.

PETALING JAYA – Sebak mendengar kisah pengorbanan petugas barisan hadapan yang mengenepikan kepentingan diri dan keluarga demi kesejahteraan insan lain membuatkan Anzalna Nasir tidak mampu menahan air mata.

Pelakon itu berkata, sebagai ibu dia memahami perasaan jururawat lelaki, Khairudin Zaini yang terpaksa menyerahkan tugas menjaga anak syurga kepada isteri sepenuhnya disebabkan tanggungjawab terhadap pesakit di hospital sepanjang pandemik Covid-19 tercetus hampir dua tahun lalu.

“Saya terharu dengan kesungguhan semua petugas barisan hadapan kita yang sepenuh hati melaksanakan amanah diberikan bagi memastikan pesakit mendapat rawatan dan pemantauan menyeluruh.

“Dalam masa sama saya berbesar hati dapat peluang berkongsi pengalaman dengan Khairudin yang meninggalkan keluarga di Johor termasuk seorang cahaya mata ketiganya yang juga sindrom down.

“Anak istimewa yang memerlukan oksigen di rumah dan makan menggunakan tiub khas itu pernah terlantar setahun di Unit Rawatan Rapi (ICU), tahun lalu.

“Saya sebak apabila bapa penyayang itu menyatakan pengorbanan meninggalkan keluarga menggalas amanah di sebuah hospital di Lembah Kelang adalah antara caranya membalas jasa rakan seperjuangan yang merawat anaknya.

“Hakikatnya bukan hanya petugas barisan hadapan, keluarga mereka pun turut berkorban demi kesejahteraan semua melawan pandemik ini,” katanya yang menjadi moderator dalam sesi Live Instagram program NR4FRIDAYS.

Nyata, reaksi spontan ibu kepada cahaya mata lelaki berusia itu yang kelihatan beberapa kali menyeka air mata sepanjang Khairudin berkongsi cerita turut membuatkan penonton sebak.

Emosi seorang wanita bergelar emak tersentuh sebaik jururawat tersebut meluahkan kerinduan terhadap anak istimewanya yang sudah lama tidak ditemui.

Perbincangan hampir dua jam itu turut disertai personaliti televisyen Astro Awani, Hilal Azmi serta Ketua Strategi dan Inovasi Nona Roguy (NR), Radhiah Ahmad.

Sesi berkenaan adalah medium untuk NR menzahirkan penghargaan buat petugas barisan hadapan yang berkorban masa, tenaga dan komitmen menyalurkan khidmat dalam menangani wabak Covid-19.

Menerusi perbincangan sama, bintang Suria di Cordoba itu tidak ketinggalan meminta pandangan Khairudin mengenai segelintir individu yang masih enggan mengambil vaksin.

Pertanyaan itu diutarakan bagi meminta penjelasan lanjut selaku petugas yang setiap hari berdepan pesakit terutama mereka yang dimasukkan ke hospital selepas berdepan simptom teruk akibat jangkitan Covid&19.

“Saya juga nak minta anda memberikan nasihat kepada anggota pada masyarakat kita yang terus berdegil dan tidak peka tentang bahaya Covid-19.

“Kita juga dimaklumkan ada yang sampai tidak mahu mengambil vaksin? Bolehkah bagi nasihat sebab pengalaman dan cabaran anda lalui selama dua bulan ini untuk dijadikan panduan,” luahnya lagi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI