fbpx

3,200 tin susu dari Indonesia dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Maqis Selangor menunjukkan antara 3,200 tin susu yang dirampas pihaknya.

KLANG – Cubaan menyeludup 3,200 tin susu steril menggunakan sebuah kapal dari Indonesia berjaya dipatahkan di Kompleks Barter Trade, Pelabuhan Klang Selatan kelmarin.

Rampasan bernilai RM4,500 itu dilakukan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor dengan kerjasama Pasukan Polis Marin Wilayah 1 menerusi penahanan kapal tersebut pukul 3 petang.

Maqis Selangor berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kapal itu dikemudi seorang tekong warga Indonesia berusia 43 tahun dengan membawa sembilan karton susu steril untuk kegunaan sebuah syarikat persendirian.

“Hasil pemeriksaan mendapati kesemua 3,200 tin susu berjenama terkenal itu dibawa masuk tanpa permit import sah dan sijil kesihatan dari negara asal.

“Kesemua tin susu yang bernilai RM4,500 itu telah disita untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Maqis, sabit kesalahan boleh dipenjara sehingga enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

“Maqis akan sentiasa tegas, cekap dan teliti dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan di semua pintu masuk perairan di seluruh negara bagi menjamin keselamatan produk pertanian serta Agromakanan negara terjamin dan selamat dimakan,” ujarnya. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI