fbpx

Atlet lawan pedang bersama rakan mati lemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat Muhammad Amirul dan Muhammad Aidil Ashman yang mati lemas di Pantai Tanjung, Seberang Takir, Kuala Nerus hari ini.

KUALA NERUS – Dua remaja termasuk seorang atlet pelapis sukan lawan pedang Terengganu maut akibat lemas di Pantai Tanjung, Seberang Takir berhampiran Jambatan Angkat Kuala Terengganu di sini hari ini.

Sewaktu kejadian, Muhammad Amirul Zulkafli, 15, dan Muhammad Aidil Ashman Abdul Manan sedang mandi-manda di pantai berkenaan bersama lima rakan sekampung lain pada pukul 7.30 pagi.

Muhammad Amirul yang pernah mewakili Terengganu dalam acara lawan pedang pada Sukan Malaysia (Sukma) Perak 2018 merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Nerus, Yusmizan Yusof, sewaktu mereka sedang seronok mandi, tiba-tiba mereka telah dipukul ombak yang menyebabkan dua mangsa tersebut dibawa arus deras.

“Salah seorang daripada rakan mereka cuba menyelamatkan kedua-dua mangsa tetapi gagal.

“Dua remaja itu kemudiannya tenggelam di dalam laut sebelum rakan-rakannya segera berenang ke tepi pantai untuk meminta pertolongan penduduk kampung,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Yusmizan berkata, mayat Muhammad Amirul dan Muhammad Aidil Ashman berjaya ditemui berhampiran antara satu sama lain di dalam dasar laut sedalam kira-kira tiga meter kira-kira 50 meter dari tepi pantai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI