fbpx

17 pemancing terselamat bot bocor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bot yang mengalami kebocoran di kedudukan 18.1 batu nautika barat daya Pulau Cupa, Langkawi pada pagi tadi.

LANGKAWI – Seramai 17 pemancing berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka mengalami kebocoran di kedudukan 18.1 batu nautika barat daya Pulau Cupa dekat sini pagi ini.

Pengarah Maritim Malaysia (APMM) Negeri Kedah Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Mohd. Zawawi Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira pukul 10 pagi.

Katanya, tekong bot tersebut menghubungi Pusat Operasi Maritim Kedah dan Perlis melalui panggilan telefon menggunakan rangkaian komunikasi satelit.

“Bot penyelamat 5 APMM digerakkan ke lokasi bagi operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan daripada Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Langkawi berhubung kejadian itu.

“Maklumat kejadian itu juga disalurkan kepada agensi sahabat seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta komuniti nelayan setempat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, bot berkenaan didapati telah berjaya mengawal kebocoran serta menghidupkan semula jentera utamanya.

“Bot itu kemudiannya diiringi ke Pengkalan Nelayan Penarak, Langkawi oleh bot ronda APMM bagi memastikan keselamatan bot serta kru,” ujarnya.  K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI