fbpx

Cinta comel Mark, Mew tarikan MHIL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERTAMA kali digandingkan sebagai hero heroin, Mark dan Mew gembira dengan penerimaan peminat yang percayakan kuasa cinta lakonan mereka.

PERTAMA kali bergandingan sebagai watak utama dalam My Husband In Law (MHIL), Mark Prin dan Mew Nittha cetus fenomena tersendiri dalam kalangan peminat drama Thailand di Malaysia.

Bagi peminat drama dari negara jiran Thailand, Mark dan Mew bukanlah nama asing terutama selepas lakonan mantap mereka dalam MHIL yang boleh distrim menerusi platform Dim Sum Entertainment bermula April lalu.

Malah sebelum menerima sambutan hangat dalam kalangan peminat di Malaysia, naskhah berkenaan sudah membuktikan kehebatannya bukan sahaja di negata kelahiran iaitu Thailand, bahkan cukup digilai peminat di China.

Keserasian yang ditonjolkan oleh Mark yang membawa watak Thianwat (Tien) dan Mew sebagai Nateerin (Moei) menjadikan MHIL antara drama Thailand paling popular di Malaysia.

MHIL sekali gus menjadi drama sulung gandingan Mark dan Mew selaku hero dan heroin selepas bekerjasama selaku watak pembantu dalam drama Rak Nakara pada tahun 2017.

Drama My Husband In Law begitu diterima ramai di Malaysia. Pada pendapat Mark dan Mew, mengapakah penggemar drama begitu menyukai siri tersebut?

Mark: Pada pendapat saya, ramai yang menggemari MHIL kerana plotnya yang menarik dan ia mengetengahkan kisah cinta yang santai dan romantik.

 

 

Mew: Bagi saya pula, penerimaan penonton dari Thailand dan China yang sungguh memberansangkan telah mendorong peminat di Malaysia untuk turut menonton drama ini.

Sebagai pelakon, adakah anda merasakan siri sebegini dengan plot yang ringan mampu menawan hati penonton dengan mudah?

Mark: MHIL mempunyai jalan cerita tersendiri dan tidak sama dengan drama-drama berat lain.

Pendekatan sebegitu membuatkan peminat boleh bergelak tawa dan menghilangkan rasa tekanan apabila menonton drama ini.

Mew: Saya boleh sifatkan drama ini sebagai sebuah drama kontemporori yang mudah untuk difahami. Selain itu, drama ini juga mengangkat kisah tentang percintaan ‘rahsia’ yang akhirnya membawa ke alam perkahwinan.

Kisah cinta comel antara hero dan heroin sentiasa mempunyai tempat di hati penonton terutamanya generasi muda zaman ini.

Boleh ceritakan dengan lebih lanjut mengenai watak kalian berdua dalam?

Mark: Menerusi drama ini, saya memegang watak sebagai Tien. Dia seorang arkitek berbakat besar tetapi bersikap angkuh sombong dan sering tidak berpuas hati dengan apa yang dimiliki.

Pendek kata, dia merupakan seorang lelaki yang sentiasa menganggap dirinya betul. Meskipun Thien dianggap calon lelaki yang sempurna, dia mempunyai masalah bertemu wanita idaman sehingga dipaksa untuk berkahwin dengan Moei, wanita yang sering dibulinya.

Mew: Dalam MHIL, saya memegang watak Moei, seorang gadis periang dan optimis dalam menjalani kehidupan sehariannya. Mengenali Tien sejak kecil, Moei sudah lama menyimpan perasaan terhadap lelaki itu. Apabila situasi memaksa mereka berdua untuk
berkahwin secara rahsia, Moei nekad untuk membuatkan Tein jatuh cinta dengan dirinya.

 

 

Apakah cabaran yang anda hadapi dalam menjayakan watak masing-masing?

Mark: Saya mengalami sedikit kesukaran pada awal penggambaran kerana perlu mendalami personaliti Tien yang berbeza dengan diri saya di luar set. Memandangkan ini merupakan kolaborasi kedua saya bersama Moei, kami lebih cepat serasi di hadapan kamera.

Namun begitu, saya masih kekok apabila perlu melakonkan babak-babak romantis. Saya masih malu-malu tetapi beruntung kerana Moei merupakan seorang pelakon yang sangat profesional.

Mew: Watak Moei mungkin kelihatan senang kerana dia digambarkan seorang yang ceria sepanjang masa. Sebenarnya agak sukar untuk membuatkan perwatakan Moei kelihatan semula jadi dan tidak dibuat-buat. Mark juga seorang rakan kerja yang bagus. Dia banyak menolong saya menterjemahkan emosi dan saya selesa berlakon disampingnya.

Ada sebarang pengalaman yang tidak dapat dilupakan sepanjang penggambaran?

Mark: Saya tidak boleh melupakan pengalaman menjalani penggambaran di Myanmar. Itu merupakan kali pertama saya menjalani penggambaran di sana. Saya kagum dengan tempat-tempat yang kami lawati di negara itu kerana pemandangannya sangat cantik seperti di negara Eropah.

Mew: Menjalani penggambaran bagi drama ini menyeronokkan, tetapi sedikit sukar kerana mengambil masa yang lama. Kami bekerja dalam satu kumpulan yang besar dan dalam masa sama terpaksa bergerak ke banyak tempat.

Percayalah, prosesnya sangat memenatkan tetapi setelah melihat hasilnya,saya sangat berpuas hati. Saya juga sangat menyukai Myanmar dan berasa beruntung dapat mengunjungi tempat-tempat menarik di sana.

Sebelum ini, kalian pernah membintangi drama Rak Nakara. Bagaimanakah perasaan anda berdua apabila digabungkan bersama dalam MHIL?

Mark: Menerusi Rak Nakara, saya hanya berkesempatan berlakon dengan Mew untuk beberapa babak. Namun, dalam drama MHIL, kami berlakon sebagai watak utama untuk keseluruhan cerita.

Saya kagum dengan Mew kerana pada awalnya, saya jangkakan dia tidak mampu untuk membawa watak Moei dengan baik. Namun, ternyata telahan saya salah dan saya tidak mungkin dapat rakan segandingan sebaik dia selepas ini.

Mew: Saya senang bekerja dengan Mark. Dia merupakan seorang yang sangat tenang dan santai.

Sifatnya yang bersahaja membuatkan saya selesa bekerja dengannya. Jika ada babak yang sukar, kami mencari jalan bagi menyelesaikan babak berkenaan.

MHIL bukanlah naskhah ringan yang mudah, sebaliknyan merupakan sebuah dimensi komedi yang mempunyai mesej tersendiri.
Saya berharap peminat di Malaysia berpuas hati dengan lakonan kami dalam MHIL.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI