fbpx

Polis bongkar kegiatan judi online dan loteri haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Ezanee menunjukkan barang yang dirampas dalam serbuan di Taman Medan.

PETALING JAYA – Polis menumpaskan satu sindiket perjudian online dan loteri haram yang beroperasi secara terbuka di gerai makan di Taman Medan di sini semalam.

Serbuan pukul 6 petang itu membawa kepada penangkapan 11 lelaki tempatan berusia lingkungan 25 hingga 46 tahun.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd. Faisal berkata, hasil serbuan mendapati lima lelaki termasuk tiga penganjur terlibat dalam kegiatan judi online manakala enam suspek lagi membabitkan tangkapan loteri haram.

“Siasatan lanjut mendapati sindiket judi online itu sudah beroperasi selama dua bulan dan mereka mensasarkan warga tempatan sebagai pelanggan.

“Mereka (sindiket) mempromosikan kegiatan judi jenis mesin slot di laman sosial serta WhatsApp bagi menarik kaki judi melakukan pertaruhan,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini hari ini.

Jelas Ezanee, tangkapan membabitkan loteri haram pula, mendapati penganjurnya menerima bayaran gaji berjumlah RM1,500 sebulan bagi menjalankan kegiatan haram tersebut.

“Suspek (penganjur) beroperasi bermula pukul 2 hingga 7 petang dan iklan promosi loteri haram itu dibuat menerusi aplikasi WhatsApp.

“Dalam serbuan itu kita turut merampas wang tunai berjumlah RM240, enam telefon bimbit dipercayai digunakan untuk kegiatan loteri haram,” ujarnya.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan bagi membantu siasatan dan permohonan reman terhadap mereka akan dilakukan hari ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4A (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 9(1) dan Seksyen 4(1)(c) akta yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI