fbpx

Mallika Sherawat tukar nama demi maruah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MALLIKA SHERAWAT

AKTRES sensasi Mallika Sherawat mendedahkan bahawa dia menukar nama asalnya dengan nama yang digunakan hari ini selepas terjun ke arena perfileman Bollywood.

Ujar Mallika, dia dilahirkan dengan nama asal sebagai Reema Lamba yang diberi oleh kedua orang tuanya ketika dilahirkan.

Bagaimanapun, bapanya berpendapat dia akan mencemarkan nama baik keluarga jika menceburi dunia hiburan dengan menggunakan nama Reema Lamba.

“Ayah tidak suka saya menjadi bintang filem dan menganggap saya telah mencemarkan nama baik keluarga.

“Ramai yang tidak tahu bahawa saya lari dari rumah untuk menjadi seorang pelakon dalam dunia perfileman Bollywood dan menggantikan nama asal kepada Mallika Sherawat,” dedahnya.

Dedah pelakon yang mendapat jolokan ‘simbol seks’ itu lagi, ‘Sherawat’ merupakan nama keluarga belah ibunya.

Walaupun dihalang untuk menjadi pelakon, Mallika berkata, dia begitu menyayangi bapanya dan hubungan mereka semakin jernih selepas beberapa tahun dirinya mencipta nama sebagai salah seorang aktres ternama di India.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI