fbpx

Wartawan cantik selar sikap biadab pemain bola sepak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Valerie menganggap sikap sesetengah ahli sukan tidak profesional dan kurang ajar. - Instagram

KYIV, Ukraine – Seorang wartawan sukan wanita Ukraine meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan sikap sesetengah pemain bola sepak yang cenderung bersikap kurang ajar dengan media, lapor portal berita RT.com semalam.

Valerie Suchkova menyatakan hal tersebut selepas seorang rakan sekerjanya diherdik oleh pemain bola sepak Ukraine ketika melakukan temu bual sejurus tamat perlawanan menentang Republik Czech.

Menurut Suchkova, kebanyakan bintang bola sepak menganggap  mereka berhak menggunakan kata-kata kesat dan berbaur penghinaan kepada wartawan jika  tidak menggemari soalan yang diajukan.

“Saya tidak faham apakah hak istimewa yang diberikan kepada pemain bola sepak bertaraf bintang ini untuk melayan media dengan buruk dan kami tidak boleh berbuat apa-apa tentangnya?

“Malah jika wartawan itu seorang wanita, perbuatan mereka seperti meramas payudara dan memegang punggung kami ketika siaran langsung dianggap normal. Saya sangat menentang perkara ini,” tegas gadis itu.

Tambahnya, media dan ahli sukan sepatutnya bersikap lebih profesional dan bekerjasama baik dengan media kerana mereka saling memerlukan.

Jika ahli sukan berasa tidak selesa dengan soalan yang diberi, mereka sepatutnya bersikap lebih sopan kerana wartawan akan memahami situasi tersebut.

“Media dan ahli sukan saling memerlukan. Anda perlukan sokongan serta publisiti dan kami perlukan bahan berita jadi kita sepatutnya saling cuba untuk bersikap lebih matang,” ujarnya lagi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI