fbpx

DUN Sabah: Mahkamah tolak permohonan 33 ADUN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kota Kinabalu

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini, menolak permohonan semakan kehakiman oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mencabar keputusan pembubaran DUN Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujah dikemukan peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengemukakan permohonan semakan terbabit selain Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh.

Sebelum ini, 33 ADUN berkenaan terdahulu mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pada 29 Julai lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI