fbpx

Dua beranak didakwa tipu jual barangan elektrik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Yasmin(kiri) dan Melati (tengah) ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini.

SHAH ALAM – Dua beranak yang sebelum ini terlibat dalam penipuan penjualan barangan elektrik secara dalam talian menggunakan laman instagram dihadapkan di Mahkamah Majistret, hari ini.

Tertuduh, Melati Zainol, 54, dan anaknya Nurul Yasmin Rosli, 32, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas keseluruhan 14 pertuduhan penipuan bernilai RM41,645 sebaik dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Sabreena Bakar @ Bahari.

Mengikut enam pertuduhan, Nurul Yasmin didakwa menipu enam individu dalam pembelian barangan elektrik berjumlah RM17,541.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen 417 kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Nurul Yasmin yang kini hamil empat bulan turut dituduh enam lagi pertuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM19,548 milik enam individu lain bagi bayaran pembelian barangan elektrik dan perkakas dapur pelbagai jenama yang tidak wujud.

Justeru, dia boleh dihukum penjara sehingga lima tahun, sebat dan denda, sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Selain itu, Nurul Yasmin turut didakwa bersama Melati bagi dua pertuduhan menipu dua individu lain berjumlah RM4,556 juga bagi pembelian barangan elektrik.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum dibawah seksyen 417 kanun keseksaan serta dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Kesemua wang itu dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik Melati dengan perbuatan dilakukan di Sungai Buloh, Shah Alam dan Subang Jaya antara 27 November tahun lalu hingga 24 Julai lalu.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Afiq Qiwamuddin Mustapha Shakri menawarkan jaminan RM3,000 bagi setiap pertuduhan tersebut.

Bagaimanapun, Peguam Shalehhuddin Salam mewakili kedua-dua tertuduh memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi dua beranak tersebut.

“Mereka sebelum ini telah didakwa keseluruhan enam pertuduhan di Mahkamah Klang, minggu lalu. Selain itu, dua anak guam saya telah direman sejak 18 Ogos lalu,” jelasnya.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan keseluruhan RM15,000 kepada Nurul Yasmin manakala Melati RM3,000 bersama seorang penjamin.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 15 November depan.

Akhbar sebelum ini melaporkan dua individu ditahan pada 9 Ogos lalu susulan 64 laporan polis melibatkan kerugian RM153,759.

Mereka menggunakan akaun dikenali Beauty_ Saranghae yang disyaki terlibat dalam penipuan penjualan barangan elektrik. -K !ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI