fbpx

Projek pembinaan gagal patuh EIA didenda RM50,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wakil JAS Pulau Pinang ketika mengumpul sampel air yang dilepaskan di sebuah tapak projek di Balik Pulau baru-baru ini.

SEBERANG PERAI – Pemaju sebuah projek pembinaan didenda RM50,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth di sini hari ini selepas didapati bersalah tidak mematuhi kelulusan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) negeri, Sharifah Zakiah Syed Sahab berkata, Hakim Noor Aini Yusoff menjatuhi hukuman itu selepas wakil syarikat berkenaan mengaku bersalah.

“Penguatkuasaan oleh JAS Pulau Pinang baru-baru ini mendapati pelepasan takat akhir di sempadan projek adalah melebihi had parameter kepekatan pepejal terampai yang ditetapkan dalam syarat kelulusan EIA.

“Projek itu telah melepaskan 130 miligram per liter (mg/l), manakala had yang dibenarkan adalah 50mg/l,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, penggerak projek itu didapati melakukan kesalahan di bawah Seksyen 34A(7) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2012 dan dihukum di bawah Seksyen 34A(8) Akta yang sama yang boleh denda maksimum RM500,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1,000 bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Sharifah Zakiah berkata, projek-projek yang telah mendapat kelulusan EIA hendaklah sentiasa mematuhi syarat yang ditetapkan dan setiap ketidakpatuhan akan diambil tindakan yang sewajarnya.

“Pemaju juga diingatkan untuk meningkatkan langkah-langkah hakisan dan kelodakan khususnya menjelang musim tengkujuh,” katanya lagi. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI