GEORGE TOWN – Polis telah selesai merekodkan keterangan daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng
susulan beberapa laporan yang dibuat terhadap pemimpin itu yang didakwa melanggar perintah kuarantin kendiri baru-baru ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, Guan Eng telah disoal siasat pada 10 September lalu selepas beliau selesai menjalani tempoh kuarantin kendiri.
“Siasatan masih dijalankan untuk melengkapkan kertas siasatan di bawah Kertas Enkuiri Polis (KEP),” katanya ketika dihubungi hari ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929