fbpx

Lelaki Tunisia mati bakar diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki Tunisia (tengah) maut selepas membakar diri sendiri di tempat awam pada 11 September lalu. - AFP

TUNIS-Tunisia – Seorang lelaki Tunisia meninggal dunia di hospital kelmarin selepas  membakar dirinya, kata saksi dan pakar perubatan, beberapa hari selepas seorang lagi  nekad membakar diri untuk memprotes keadaan hidup yang daif di negara itu.

Kedua-dua tindakan itu mengimbau peristiwa seorang penjaja Tunisia, Mohamed Bouazizi yang mati selepas membakar dirinya pada 17 Disember 2010. Kematian lelaki itu mencetuskan revolusi Tunisia dan membawa kepada kebangkitan rakyat  dikenali sebagai Arab Spring yang menumbangkan beberapa pemimpin autokratik di dunia Arab.

Kelmarin, seorang lelaki berusia 35 tahun membakar diri di Lebuh Habib Bourguiba, pusat bandar Tunis, kata agensi pertahanan awam kepada AFP.

Lelaki itu yang motifnya masih belum diketahui, mengalami luka melecur  tahap tiga dan dikejarkan ke hospital, kata seorang jurucakap pertahanan awam.

Media tempatan termasuk televisyen kerajaan melaporkan bahawa dia meninggal dunia akibat kecederaannya.

Seorang saksi berkata, lelaki  itu hadir ke lebuh tersebut dengan ditemani oleh seorang lelaki muda dan cuba menarik perhatian beberapa wartawan yang hadir di sana.

Dia  kemudian membasahi dirinya dengan bahan mudah terbakar dan membakar diri menggunakan pemetik api, kata saksi itu.

Polis membuat sekatan di kawasan itu, manakala  wartawan AFP melihat sepasang kasut yang hangus di belakang mereka sejurus selepas kejadian itu.

Pada minggu lalu, seorang pemuda yang cedera dalam revolusi 2011 membakar dirinya selepas kerajaan gagal memberikan pampasan, kata keluarga mangsa.

Neji Hefiane, 26, meninggal dunia di sebuah hospital di pinggir Tunis pada 4 September lalu setelah membakar diri di hadapan keluarga, kata ayahnya. – AFP 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI