fbpx

Polis masih kumpul bukti kes libatkan Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ebit Lew

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam proses mengumpul bukti bagi melengkapkan siasatan kes melibatkan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, siasatan berkenaan kes itu masih dijalankan.

“Kita sedang kumpul bukti bagi melengkapkan kertas siasatan.

“Pada masa sama, kita minta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut agar tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 23 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu, siasatan terhadap Ebit dilakukan selepas polis menerima laporan daripada beberapa individu yang mendakwa pendakwah itu terlibat dalam gangguan seksual.

Beliau kemudiannya dipanggil polis pada 19 Ogos lalu untuk dirakam keterangan berhubung penyebaran video gangguan seksual itu, bagaimanapun beliau menafikan dakwaan itu dan menganggap ia satu fitnah. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI