fbpx

Tiba masanya menukar arus – Kim Swee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIM SWEE (kanan) sempat meluangkan masa bertemu serta berbincang dengan Bung Moktar mengenai hala tuju pasukan Sabah FC semalam.

BEKAS pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk Ong Kim Swee mengakui keputusan untuk ‘angkat kaki’ daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menjadi ketua jurulatih Sabah FC bukan sesuatu yang mudah untuk dilakukan.

Sebagai rekod, FAM sudah mengesahkan Kim Swee meletakkan jawatannya selaku Pe­ngarah Teknikal FAM berkuat kuasa penghujung bulan ini untuk menjadi ketua jurulatih The Rhinos 1 Oktober depan.

Kata Kim Swee, sepanjang 14 tahun berkhidmat bersama badan induk bola sepak negara dengan mengisi pelbagai jawatan sememangnya memberikan pengalaman berharga dan tiba masanya menukar arus.

“Ini adalah keputusan besar buat tetapi seperti saya katakan kepada semua, jiwa saya masih lagi di atas padang dan sekarang adalah masa tepat untuk mencari angin baharu.

“Saya terima tawaran Sabah kerana mereka adalah pasukan yang cukup dekat di hati saya kerana saya pernah menjuarai Liga Perdana (kini Liga Super) dan Piala FA pada era 90-an ketika bergelar pemain di sana.

“Justeru, sudah pasti ada sentimen buat saya untuk kembali berbakti di negeri Sabah dan saya ucapkan terima kasih kepada FAM dan Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang telah melakukan rundingan untuk proses menamatkan kontrak saya lebih awal,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Mengulas lanjut, Kim Swee yang menandatangani kontrak selama dua tahun turut menghargai kepercayaan yang diberikan oleh Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang dianggap mempunyai visi bola sepak yang progresif.

“Saya sangat berpuas hati kerana selepas berbincang dengan Presiden SAFA (Datuk Seri Bung), dia ternyata memiliki projek bola sepak jangka panjang untuk mengembalikan era kegemilangan pasukan Sabah.

“Namun, dalam masa yang sama saya mahu peminat ber­sabar dan bersikap realistik memandangkan ini adalah projek jangka panjang,” kata pengendali berusia 51 tahun itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI