fbpx

Kolej Matrikulasi Fasa 1 dan 2 masih PdPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Sesi pembelajaran bagi pelajar kolej matrikulasi di negeri Fasa 1 dan Fasa akan menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) sehingga 16 Disember.

Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, bagaimanapun, bagi pelajar yang berada di negeri Fasa 3 dan Fasa Empat mereka dibenarkan hadir ke sekolah mulai 17 Oktober untuk sesi bersemuka.

Katanya, di negeri Fasa 3, pelajar SDS (Sistem Dua Semester) dan pelajar SES (Sistem Empat Semester) tiga akan menjalani pengajaran dan pembelajaran (PdP) di kolej atau dan PdPR.

“Bagi pelajar yang telah divaksin mereka dibenarkan PdP di kolej, manakala bagi yang belum divaksin mereka perlu PdPR di rumah. Begitu juga pelajar SES satu, murid ini akan PdPR di rumah.

“Sementara itu, bagi negeri di Fasa 4, SDS dan SES tiga akan melaksanakan PdP di kolej masing-masing dan pelajar SES satu juga turut dibenarkan PdP di kolej atau PdPR di rumah,”katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Dalam pada itu Radzi berkata, bagi pengoperasian Institusi Pendidikan Swasta (IPS) kategori pusat termasuk pusat tuisyen dan pusat latihan, bagi negeri Fasa 1 dan Fasa 2 ia tidak dibenarkan beroperasi.

“Bagaimanapun, bagi pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak empat hingga enam tahun untuk anak-anak petugas barisan hadapan atau yang bekerja di perkhidmatan perlu dibenarkan beroperasi.

“Bagi negeri Fasa 3 pula, pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak empat hingga enam tahun dibenarkan beroperasi sepenuhnya, manakala IPS lain dibenarkan dengan kapasiti 50 peratus secara penggiliran,”ujarnya.

Tambah beliau, bagi Fasa 4 pula pusat perkembangan minda bagi kanak-kanak empat hingga enam tahun dibenarkan beroperasi sepenuhnya, manakala IPS lain dibenarkan dengan kapasiti 70 peratus dan akan dibuka sepenuhnya mulai 31 Oktober.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI