fbpx

Usia gagal ‘bunuh’ karier Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ronaldo. - AFP

MALAM kelmarin ketika Manchester United turun menentang Newcastle United di Old Trafford, secara rasminya bintang sensasi yang juga legenda kelab berkenaan, Cristiano Ronaldo kembali menyarung jersi pasukan itu selepas 12 tahun meninggalkan England.

Namun, di sebalik keputusan Ronaldo untuk kembali menyarung jersi United, ia mengundang reaksi yang pelbagai.

Pada usia 36 tahun, United dianggap membuat satu keputusan yang kurang bijak menandatangani Ronaldo sekiranya tujuan utama mereka adalah untuk mencabar kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas kali terakhir mereka merangkulnya pada musim 2012/13.

Dalam satu temu bual, Ronaldo mengakui ramai yang meragui kemampuannya untuk memberikan aksi terbaik pada usia ketika ini.

“Saya berada di sini untuk menang. Orang bercakap mengenai mengenai usia tetapi mereka perlu faham bahawa saya berbeza,” katanya.

Ketika masih bersama Real Madrid sebelum ini, Ronaldo ketika berusia 33 tahun dan dia mengakui secara biologi dia berusia 23 tahun. Ronaldo adalah seorang atlet yang obses terhadap rutin Pilates untuk menguatkan teras badan.

Dia juga mengamalkan diet protein di mana mengehadkan daging dalam menunya bagi mengelakkan pengambilan lemak berlebihan dan makan sebanyak enam kali sehari dalam jumlah yang kecil.

Melihat bentuk badan dan tahap kecergasan yang dimiliki kapten Portugal ini, ramai pastinya menyangka bahawa latihan di gimnasium adalah menjadi keutamaan Ronaldo.

Ronaldo lebih gemar berenang dan dia akan terus ke kolam dalam tempoh yang lama selepas tamat setiap perlawanan ketika ramai pemain-pemain bola sepak lain lebih gemar ‘memulihkan’ diri di hadapan televisyen.

Selain itu, satu lagi rahsia kejayaan Ronaldo mengekalkan tahap kecergasannya adalah mesin Cyrotheraphy yang dibelinya dengan harga £50,000 (RM286,000) selepas mendapati ia sangat berkesan ‘memulihkan’ pemain Bayern Munich, Franck Ribery.

Ronaldo mampu berdiri di dalam mesin berkenaan untuk tempoh tiga minit ketika suhunya turun sehingga antara -160°c and -200°c selain mengamalkan mandian panas dan berais untuk memulihkan semula otot-ototnya setiap kali selepas perlawanan.

Dalam pada itu, Ronaldo turut mengakui bahawa selain latihan fizikal berterusan dan konsisten, perkara utama yang dititik beratkan dalam penjagaan tahap kecergasan adalah rehat yang mencukupi di mana dia akan memastikan dirinya tidur selama lapan jam setiap hari.

Membayar sekitar £25 juta (RM143.18 juta) kepada Juventus untuk membawa pulang Ronaldo bukanlah perkara yang sukar buat United dan pelaburan itu nyata sudah pulang modal apabila mereka berjaya meraih hasil jualan jersi bernilai £187 juta (RM1.07 bilion) setakat ini.

Sebagai pengakhirannya, untuk mereka yang terlupa atau mungkin tidak tahu, Ronaldo meledak dua gol untuk aksi debutnya menentang Newcastle ketika United mencatat kemenangan 4-1 pada aksi berkenaan sekali gus menjadi gol ke-120 dirinya bersama pasukan itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI