fbpx

2,500 guru enggan vaksin dalam tindakan JPA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Radzi

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan (KPM) sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi melihat tindakan selanjutnya kepada kira-kira 2,500 guru di seluruh negara yang enggan mengambil vaksinasi.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berkata, pihaknya mengenal pasti dua kumpulan guru yang enggan berbuat demikian dengan sebahagian atas sebab masalah kesihatan manakala sekumpulan lagi melibatkan individu yang memilih untuk tidak divaksinkan.

“Buat masa ini kita akan memastikan guru ini tidak akan mengajar secara bersemuka,” katanya pada sidang akhbar pengoperasian sekolah di sini hari ini.

Bagi pemandu bas sekolah, Radzi berkata, pihak kementerian telah mendapatkan senarai daripada Kementerian Pengangkutan untuk program vaksinasi.

“Namun begitu, ibu bapa perlu memberi perhatian dalam konteks mungkin pemandu itu tidak berada dalam senarai yang diberikan.

“Kami pohon ibu bapa untuk membuat tindakan sewajarnya,” katanya. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI