JOHOR BAHRU – Kerajaan negeri telah mengenal pasti lima projek pembinaan jalan dan jambatan dibawah seliaannya yang mengalami kelewatan antara enam bulan hingga satu tahun untuk disiapkan di seluruh daerah ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohd. Solihan Badri berkata, faktor utama projek berkenaan mengalami kelewatan adalah disebabkan pandemik Covid-19.
Katanya, selain daripada penutupan sektor pembinaan, syarikat kontraktor turut menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, kekurangan bekalan bahan mentah serta masalah pengurusan.
“Setakat ini, terdapat lima projek pembinaan jalan dan jambatan yang dikenal pasti lewat untuk disiapkan di daerah Johor Bahru.
“Antara projek itu termasuklah kerja naik taraf dan bina baru jambatan Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang; kerja naik taraf jalan utama Gelang Patah – Ulu Choh dan kerja melebar sungai Masai di Jalan Masai Lama,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke tapak kerja naik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya di sini hari ini.
Sementara itu, berhubung projek kerja naik taraf jalan dari Taman Kempas Utama ke Kampung Maju Jaya sepanjang 2.2 kilometer berkenaan, Solihan memberitahu projek yang dimulakan pada Februari 2018 itu sepatutnya siap Julai lalu.
“Bagaimanapun, kini ia telah kembali memulakan operasi dan dijangka akan dapat membekalkan struktur berkenaan dalam masa terdekat,” ujar yang memaklumkan pihaknya menjangka projek bernilai RM29.6 juta itu bakal siap menjelang akhir tahun ini. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929