PUTRAJAYA – Sebanyak 19,198 kes baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 mencecah 1,979,698 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak merekodkan sebanyak 5,291 kes, diikuti oleh Selangor (2,347 kes) dan Johor (2,110 kes).
“Sabah (1,717 kes), Kelantan (1,435 kes), Pulau Pinang (1,309 kes), Kedah (1,256 kes), Perak (1,118 kes), Terengganu (930 kes), Pahang (584 kes), Kuala Lumpur (376 kes), Melaka (340 kes) dan Negeri Sembilan (283 kes).
“Perlis pula (67 kes), Putrajaya (32 kes) dan Labuan (tiga kes),” katanya di Facebook di sini hari ini.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929