fbpx

Hanya murid pendidikan khas hadir ke sekolah Fasa 2

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fasa 2, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka

PETALING JAYA – Sesi persekolahan bagi negeri Fasa 2 akan dibuka semula bermula 3 Oktober.

Bagaimanapun, Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sesi berkenaan hanya melibatkan murid berkeperluan khas (MBK) dan juga Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) bagi sekolah rendah tanpa sistem penggiliran.

“Bagi sekolah menengah pula, semua pelajar masih meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR), manakala pelajar Tingkatan 6 semesta 2 dan program pra universiti akan hadir tanpa penggiliran.

“MBK dan PPKI bagi sekolah menengah juga akan hadir seperti biasa tanpa penggiliran termasuk pelajar kelas antarabangsa,” katanya pada sidang akhbar secara maya hari ini.

Sementara itu, negeri yang berada di dalam Fasa 2 ialah Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sabah, Melaka. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI