PETALING JAYA – Semua murid dan pelajar di negeri yang masih berada di Fasa 1 akan meneruskan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) di rumah masing-masing.
Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, sesi PdPR itu akan diteruskan sehingga mereka beralih kepada Fasa 2.
Katanya, sesi PdPR tersebut melibatkan semua sekolah rendah dan juga sekolah menengah.
Negeri di Fasa 1 adalah Johor dan Kedah. -K! ONLINE