fbpx

Bandar perlu berubah seiring keperluan masyarakat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican

PETALING JAYA – Bandar-bandar di negara ini diseru supaya bertindak lebih tangkas untuk menyesuaikan diri dengan perubahan dan keperluan masyarakat yang telah berubah akibat dilanda pandemik.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, konsep perbandaran lestari perlu dimanfaatkan sebagai daya transformasi untuk usaha membina semula pasca Covid-19.

“Ia dapat mempercepatkan kemajuan ke arah masa depan lebih sihat, selamat, inklusif dan berdaya tahan seperti yang dinyatakan dalam Agenda Pembangunan Lestari 2030.

“Hal ini sejajar dengan seruan Perdana Menteri untuk mengguna pakai pendekatan ‘Keluarga Malaysia’ dengan mengajak semua orang tanpa mengira bangsa dan kepercayaan politik sama-sama bekerja bagi membawa negara keluar daripada wabak,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penutup Forum Bandar Malaysia 2021 yang diadakan secara maya baru-baru ini.

Forum bandar ketiga di negara ini yang dihoskan oleh URBANICE Malaysia, di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu telah berjaya menarik lebih 5,000 peserta dan 200,000 tontonan menerusi Airmeet dan platform media sosial.

Ia antara lain mempromosikan penglibatan dan kerjasama setiap pihak dari pelbagai sektor serta tahap tadbir urus untuk menangani isu pertumbuhan inklusif serta pemulihan ekonomi, kesejahteraan masyarakat, perbezaan perkhidmatan yang perlu ditangani, ekosistem kesihatan dan kelestarian alam sekitar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI