fbpx

Penerbangan Ipoh – Langkawi bermula Jumaat ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
gambar hiasan

IPOH – Syarikat penerbangan Air Asia bakal memulakan penerbangan dula hala dari Ipoh ke Pulau Langkawi sebanyak tiga kali seminggu mulai minggu depan susulan pembukaan semula sektor pelancongan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Air Asia, penerbangan pertama itu bermula pada 17 September ini manakala dua lagi penerbangan dijadualkan pada 19 dan 22 September.

“Setakat ini tidak ada sekatan penerbangan domestik, namun kapasiti maksimum yang dibenarkan adalah 180 penumpang bagi setiap penerbangan.

“Penumpang akan menaiki pesawat Airbus A320 dari Ipoh ke Langkawi pada 17 September pukul 1.40 petang dan tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada 2.30 petang,” ujar kenyataan itu.

Namun, kata kenyataan tersebut, Air Asia tidak dapat memaklumkan waktu penerbangan selepas tarikh 22 September kerana berkemungkinan ia dijadualkan semula mengikut keperluan semasa.

Untuk maklumat lanjut orang ramai boleh melayari laman web rasmi Air Asia dan membuat tempahan tiket.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (Motac) sebelum ini membenarkan tujuh aktiviti pelancongan utama di Pulau Langkawi dibuka kepada pelancong tempatan bermula 16 September ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI