fbpx

Gara-gara ‘sale’ 9.9, pihak penghantar terpaksa sewa lori luar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dikongsi @rudyakhbar di laman Twitternya semalam.

PETALING JAYA – Gara-gara jualan 9.9 di laman pembelian dalam talian Khamis lalu, pihak penghantar terpaksa menyewa lori daripada pihak luar.

Menerusi perkongsian oleh seorang pekerja sebuah syarikat penghantaran di laman Twitternya yang dikenali sebagai @rudyakhbar berkata, ‘parcel’ atau barangan untuk jualan kali ini melebih jumlah jualan sebelum ini.

“Gila-gila punya ‘sale 9.9’, sampai kena guna lori ‘third party’, parcel kecik saja tempat aku 35,000 ribu parcel.

“Parcel besar 5,000, pecah rekod dari jualan sebelum-sebelum ini 136 guni. Semalam dah ‘load’ barang kecik 300 guni,” tulisnya di laman Twitter.

Menurut @rudyakhbar, semua cuti kakitangan juga telah dibekukan sejak 9 September lalu sehingga Khamis ini, selepas itu barulah boleh cuti.

Tambahnya, jumlah parcel tersebut adalah untuk cawangannya sahaja yang terletak di di Petaling Jaya sahaja bukannya seluruh negara.

“Barang CDC (cawangan serahan) tempat aku sahaja, hub aku sahaja ni. Lain-lain tempat aku tak tau macam mana barang mereka, ini tempat aku sahaja,” tulisnya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata netizen mendoakan agar semua pekerja tabah mengendalikan barang pelanggan dan ada juga yang mengaitkan dengan duit bantuan yang diperolehi orang ramai sebelum ini.

“Semoga semua pekerja yang amanah jalankan kerja dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan, kuat tubuh badan dan dimudahkan segala urusan dan semuanya yang memudahkan urusan penghantaran barang kami,” ciap @hyekaii.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna Twitter dikenali sebagai @aciktupperware.

“Adakah sebab 6.9 hari tu duit Bantuan Kecemasan Covid (BKC) baru masuk? jadi sales 9.9 memang semua pakat order lah,”ciapnya.- K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI