fbpx

Ribut petir, hujan diramal berlaku di lapan buah negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda lapan buah negeri pagi ini.

Jabatan Meteorolgi Malaysia (MetMalaysia) di laman Facebooknya berkata, antara negeri yang terlibat adalah Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Selangor, Johor, Sarawak dan Sabah.

Di Perak, kawasan yang terlibat adalah Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak, manakala bagi negeri Sembilan ia membabitkan daerah Seremban, Port Dickson, Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin.

Bagi negeri Pahang pula ia melibatkan kawasan Bentong, Bera, Pekan dan Rompin, manakala bagi Selangor, kawasan yang terlibat adalah Sabak Bernam dan Hulu Langat.

Keadaan cuaca sama juga akan turut berlaku di seluruh negeri Melaka, dan bagi negeri Johor pula ia membabitkan kawasan Tangkak, Muar dan Batu Pahat.

Sementara itu, di Sarawak, ia membabitkan kawasan Betong, Sarikei dan Kapit, manakala bagi Sabah ia melibatkan kawasan Tawau. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI