fbpx

TFC akan berjuang habisan-habisan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PARA pemain TFC digesa supaya bermain bersungguh-sungguh untuk meraih keputusan positif menjelang menentang Penang FC pada aksi Liga Super di Stadium Bandaraya malam ini.

Oleh TENGKU DANISH
BAHRI TENGKU YUSOFF

TERENGGANU FC (TFC) akan mempertaruhkan barisan terbaik bagi menghadapi Penang FC pada aksi penutup tirai Liga Super di Stadium Bandaraya malam ini.

Pengendali TFC, Mohd. Nafuzi Zain berkata, perlawanan hidup mati itu perlu dinoktahkan dengan kemenangan sekali gus menjamin kedudukan sekurang-kurangnya tiga terbaik liga.

Jurulatih muda itu percaya keajaiban masih boleh berlaku untuk skuad Sang Penyu dapat meloloskan diri sebagai naib juara liga dengan mengharapkan Kedah tumbang kepada Melaka United di laman sendiri.

“Tiada yang mustahil dalam bola sepak, macam-macam boleh berlaku termasuk sesuatu yang tidak dijangka dan saya percaya pada keajaiban.

“Apa yang penting kami harus menang. Jika tewas, TFC mungkin akan jatuh sehingga ke kedudukan kelima jika Selangor menang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di Kuala Terengganu semalam.

Nafuzi berkata, penyerang import, David Da Silva akan kembali mengetuai jentera serangan Sang Penyu selepas disisihkan ketika kekalahan 0-1 kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) pada minggu lalu.

Tegas beliau, kekalahan ketiga berturut-turut sebelum ini menjadikan maruah TFC juga kini menjadi taruhan bagi mengembalikan aksi cemerlang seperti awal saingan liga.

“Saya harap barisan pemain ambil peluang ini dan beraksi seperti dalam final. Walaupun mereka (Penang FC) menang 4-1 pada Mei lalu, ia bukan halangan untuk kita buktikan kemampuan,” katanya.

“Pihak lawan pasti menurunkan skuad terbaik namun kami juga telah mempersiapkan pasukan untuk perlawanan ini,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI