fbpx

Had jawatan PM suburkan demokrasi di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putrajaya mencatatkan kadar pengangguran terendah dalam negara pada satu peratus, jauh di hadapan kadar nasional yang merekodkan 4.1 peratus untuk suku pertama tahun 2022.

PETALING JAYA – Cadangan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun merupakan langkah yang akan menyuburkan lagi demokrasi di Malaysia.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. P. Sivamurugan berkata, sistem berkenaan telah lama diamalkan banyak negara demokrasi lain.

“Ia sesuatu yang penting dalam pengukuhan demokrasi. Ini merupakan langkah awal mengelakkan (kemungkinan) salah guna kuasa apabila terlalu lama memegang jawatan.

“Langkah ini juga memberi peluang kepada pemimpin muda untuk naik ke atas,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad semalam.

Kelmarin Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan kerajaan bersetuju melaksanakan tujuh tawaran Trans­formasi Parlimen dan Pen­­tadbiran Kerajaan.

Ia termasuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun yang akan dibentangkan dalam Persida­ngan Parlimen Isnin ini.

Sivamurugan berkata, tempoh jawatan dihadkan selama dua penggal bermakna seorang Perdana Menteri perlu memastikan program pembangunan yang mahu dilaksanakan dengan pantas sekali gus mengurangkan politicking.

Menurut beliau, alasan tidak cukup masa tidak berkaitan kerana dasar pembangunan sedia ada masih boleh diteruskan, malah mungkin akan ditambah baik oleh Perdana Menteri sete­rusnya.

Pensyarah Kanan Kolej Undang-Undang, Kerajaan Dan Pengajian Antarabangsa (COLGIS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Kamarul Zaman Yusoff pula berkata, Ismail Sabri menunjukkan beliau berjiwa besar.

Menurutnya, Ismail Sabri menyatakan persetujuan untuk mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada 10 tahun sedangkan beliau ketika ini merupakan Perdana Menteri.

“Bila dipersetujui menunjukkan Ismail Sabri tidak tamak kuasa sebab beliau tahu pindaan itu akan menyebabkan peluang beliau untuk menjadi Perdana Menteri selama mungkin tidak boleh berlaku,” katanya.

Tambahnya, cadangan itu sepatutnya mendapat sokongan pembangkang kerana ia antara yang dijanjikan dalam manifesto mereka semasa Pilihan Raya Umum Ke-14.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI