fbpx

Kes sembuh melebihi kes harian, catat 21,771

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes sembuh Covid-19 mencatatkan 21,771 kes iaitu melebihi kes harian menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 1,700,733 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dalam masa sama, sebanyak 1,247 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi manakala, sebanyak 667 kes pula memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada 19,550 kes harian yang dilaporkan, sebanyak 265 kes (1.4 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima manakala, 19,285 kes (98.6 peratus) kategori satu dan dua,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, lapan negeri merekodkan kes empat digit dengan Sarawak melepasi angka 3,000 manakala, Selangor, Johor dan Sabah mengatasi angka 2,000.

Sementara itu, katanya, sebanyak 28 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 17 kluster tempat kerja, enam kluster komuniti, tiga kluster kumpulan berisiko tinggi dan dua kluster pendidikan lain. -K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 011-19598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI