fbpx

Pengunjung restoran perlu selesaikan pengiraan matematik untuk kata laluan WiFi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelanggan perlu menyelesaikan kiraan matematik kompleks untuk mendapatkan WiFi di premis tersebut. - Reddit

SAN ANTONIO, TEXAS – Sebuah restoran masakan Thai di Amerika Syarikat menjadikan kata laluan WiFi di premisnya umpama satu permainan teka-teki apabila pengunjung diminta untuk menyelesaikan pengiraan matematik yang kompleks bagi mendapatkan kata laluan tersebut, lapor akhbar Daily Star semalam.

Seorang pengunjung restoran Yaya’s Thai di San Antonio, Texas terkejut apabila mendapat tahu bahawa dia perlu menyelesaikan satu pengiraan matematik untuk mendapatkan kata laluan WiFi premis itu.

Lelaki itu kemudiannya memuat naik soalan matematik itu di laman perkongsian Reddit untuk meminta mereka yang lebih pintar bagi membantunya mendapatkan kata laluan WiFi itu.

“Ia mirip dengan penjumlahan fungsi ketumpatan kebarangkalian binomial,” kata seorang pengguna Reddit yang cuba menyelesaikan pengiraan tersebut.

“Cuba isi ‘binomial’ atau ‘Binomial’ sebagai kata laluan,” tulis seorang pengguna lain.

Perbincangan tersebut menjadi hangat dengan ramai pengguna yang tidak bersetuju dengan teori serta pendapat masing-masing.

Jawapan kepada kata laluan tersebut bagaimanapun tidak didedahkan.

Ternyata, restoran tersebut bukan premis pertama yang menggunakan kaedah pengiraan matematik bagi mendapatkan kata laluan.

Sebuah universiti di China juga dilaporkan meminta pelajar menyelesaikan persamaan kalkulus untuk mendapatkan kata laluan WiFi.

“Ia bertujuan untuk menarik minat orang ramai terhadap matematik dan menggalakkan pelajar baharu untuk lebih bekerja keras,” kata seorang petugas universiti itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI