fbpx

Agong, Raja Permaisuri zahir takziah pemergian Zaman Khan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Tan Sri Zaman Khan meninggal dunia di Institut Jantung Negara pagi tadi.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham Tan Sri Mohd Zaman Khan Rahim Khan.

Istana Negara dalam satu kenyataan berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa sedih dengan pemergian Allahyarham dan menzahirkan harapan agar seluruh keluarga Mantan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu bersabar serta tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu itu.

“Seri Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama para solihin.

“Seri Paduka Baginda berdua amat menghargai dan menyanjung tinggi khidmat bakti, jasa serta pengorbanan Allahyarham kepada negara,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut Istana Negara, Seri Paduka Baginda berdua turut menyifatkan permergian Allahyarham sebagai satu kehilangan besar kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara.

Jelas Istana Negara, Allahyarham yang berusia 79 tahun merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan pernah berkhidmat sebagai Ketua Polis Selangor dari 1975 hingga 1978 dan menamatkan perkhidmatan dalam pasukan beruniform sebagai Ketua Pengarah Penjara pada 1997.

Allahyarham memegang jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman sekitar 1993 dan pernah mengendalikan kes berprofil tinggi termasuk kes Botak Chin (Wong Swee Chin) dan P. Kalimuthu atau Bentong Kali.

Allahyarham juga antara pegawai kanan polis yang terlibat di lokasi kejadian tragedi Kondominium Highland Towers pada 1993. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI