fbpx

Taman Sungai Kapar jadi ‘tong sampah’ terbuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menunjukkan sampah yang dibuang pihak tidak bertanggungjawab di sepanjang jalan Taman Sungai Kapar, Klang.

KLANG – Sikap segelintir individu tidak bertanggungjawab menjadikan Taman Sungai Kapar di sini sebagai lokasi pembuangan sampah terbuka sejak empat tahun lalu membuatkan penduduk sekitar berasa runsing.

Hasil tinjauan mendapati antara sampah dibuang termasuk dari hasil kebun, pukal dan domestik selain turut dibakar sehingga mengeluarkan bau kurang menyenangkan.

Seorang penduduk, Lim Kok Ping, 60, masalah tersebut bukan baharu sebaliknya telah berlarutan sejak 2017 lagi dengan pembuangan dilakukan terutama pada waktu malam.

“Apabila aduan dibuat kepada pihak berkuasa sampah tersebut dibersihkan, namun sampah kembali menimbun beberapa bulan selepas itu. Pelakunya juga bertindak membakar sampah mendapatkan logam di dalam kabel getah sehingga menyebabkan pencemaran bau,” katanya ketika ditemui Kosmo! hari ini.

Kok Ping berharap tindakan lebih tegas daripada Majlis Perbandaran Klang termasuk memasang televisyen litar tertutup (CCTV) bagi mengesan mereka yang melakukan perbuatan tersebut.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Arif Abdullah, 30, menegaskan pernah penduduk memberikan teguran dan amaran kepada beberapa pihak yang membuang sampah namun tidak diendahkan mereka.

“Akibat pembuangan sampah itu, lokasi ini juga dipenuhi kera liar yang datang dari belukar berhampiran terutama waktu petang,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI