fbpx

KPDNHEP cadang tetap harga siling ayam segar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (kanan) memantau harga ayam di Pasar Ajil, Hulu Terengganu hari ini.

HULU TERENGGANU – Kerajaan bercadang untuk menguat kuasa harga siling buat ayam segar sebagai penyelesaian jangka panjang mengatasi kenaikan mendadak sumber protein tersebut termasuk berlaku sejak awal bulan ini.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, mekanisme hendak diperkenalkan itu sama seperti harga maksimum minyak masak botol yang dikuat kuasa baru-baru ini.

“Alasan diberikan pengeluar ialah kenaikan harga makanan ayam diimport. Sehubungan itu, kita bercadang untuk memberi subsidi kepada penternak berskala besar bagi menstabilkan harga ayam di pasaran.

“Subsidi hanya akan diberikan jika berlaku kenaikan melebihi harga siling ditetapkan kelak,” katanya ketika memantau harga ayam di Pasar Ajil di sini hari ini.

Rosol berkata, setakat ini, cadangan tersebut masih dalam peringkat advokasi dengan empat pengeluar utama ayam segar di negara ini.

Jelas beliau, perbincangan lebih lanjut melibatkan Kementerian Kewangan akan dilakukan pada masa terdekat sebelum dijangka dibentangkan pada Bajet 2022.

Kosmo! pada 7 September lalu melaporkan harga ayam segar di pasar-pasar awam di seluruh negara mencatat kenaikan ketara sehingga mencecah RM10 sekilogram sejak minggu lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI