fbpx

Dua pemain Kelantan United positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto hiasan ihsan Facebook Kelantan United.

PETALING JAYA – Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) mengesahkan aksi Liga Premier melibatkan Kuching City menentang Kelantan United di Stadium MB Pasir Gudang terpaksa ditunda kerana pandemik Covid-19.

MFL dalam satu kenyataan berkata, dua pemain The Green Deers didapati positif Covid-19 sekali gus menyaksikan perlawanan tersebut ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Keputusan itu dibuat atas persetujuan Ahli Lembaga Pengarah MFL apabila mendapati dua pemain Kelantan United telah positif COVID-19 hasil daripada ujian calitan terhadap pemain tersebut.

“Selaras dengan prosedur operasi standard (SOP) Kementerian Kesihatan (KKM), pegawai dan pemain pasukan Kelantan United akan dikuarantin serta tidak dibenarkan menyertai sebarang aktiviti dalam tempoh tersebut bermula 10 September 2021.

“Ahli Lembaga Pengarah MFL akan memutuskan tindakan selanjutnya berhubung status perlawanan tersebut dalam masa terdekat,” kata kenyataan tersebut sebentar tadi.

Ini adalah kali keempat saingan Liga Malaysia (Liga M) terpaksa ditangguhkan ekoran pemain positif Covid-19 musim ini selepas terdapat kes melibatkan pasukan Kelantan FC, Kedah Darul Aman (KDA FC) dan Kuching City sebelum ini. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI