fbpx

Kali kelima catat kes BID lebih 100

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID) sekali lagi mencatatkan angka tiga digit dengan 102 kes dilaporkan melibatkan 82 warga Malaysia dan 20 warga asing.

Untuk rekod, ini kali kelima kes BID mencatatkan angka tiga digit serta tiga kali untuk bulan ini dengan tertinggi pada 5 September (107 kes) dan 4 September (104 kes) manakala, 15 Ogos (101 kes) dan 26 Ogos (100 kes).

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebanyak 341 kes kematian dilaporkan sekali gus kekal melebihi 300 melibatkan 300 warga Malaysia dan 41 warga asing, menjadikan jumlah kematian Covid-19 sebanyak 19,827 kes.

“Pesakit sedang dirawat dan diasingkan merekodkan sebanyak 242,161 kes dengan 1,310 kes sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan 773 kes memerlukan bantuan pernafasan manakala, 21,476 kes sembuh dicatatkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada jumlah kes harian yang dilaporkan, sebanyak 338 kes (1.6 peratus) adalah kategori tiga, empat dan lima serta 20,838 kes (98.4 peratus) kategori satu dan dua.

Tambahnya, sebanyak 37 kluster baharu dikenal pasti terdiri daripada 30 kluster tempat kerja, lima kluster komuniti dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi. -K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI