fbpx

Langkah berani pilih Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TIPS Liga Fantasi Kosmo! yang disediakan oleh IRFAN BURHANUDDIN atau Pandin.

Oleh IRFAN BURHANUDDIN

KEPULANGAN pemenang lima Ballon d’Or, Cristiano Ronaldo bersama Manchester United menjadi tumpuan seluruh peminat bola sepak untuk saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu ini.

Meskipun belum pasti membuat debut menentang Newcastle United malam ini, nama Ronaldo wajib ada dalam setiap pasukan berdasarkan kemampuannya.

Justeru, setiap pengurus perlu membuat langkah bijak melakukan beberapa perubahan dalam memilih barisan pemain terbaik.

Kosmo! berkongsi tips buat para pengurus untuk meningkatkan jumlah mata terkumpul dengan membuat keputusan meletakkan Ronaldo sebagai kapten.

KAPTEN
LANGKAH berani diambil dengan meletakkan Cristiano Ronaldo sebagai kapten untuk saingan minggu keempat. Son Heung-min boleh dipilih sebagai penolong kapten seandainya Ronaldo tidak diturunkan menentang Newcastle malam ini.

TENGAH
DIOGO Jota bakal diletakkan sebagai penyerang utama menggantikan tempat Roberto Firmino yang mengalami kecederaan berdasarkan prestasi semasanya bersama Liverpool. Selain itu, Ferran Torres juga bakal beraksi dalam posisi yang sama.

PENYERANG
MICHAIL Antonio perlu terus berada dalam pasukan memandangkan statusnya sebagai penjaring terbanyak EPL ketika ini. Anda juga boleh mengharapkan Teemu Pukki untuk menjaringkan gol kerana Norwich menentang pasukan bermasalah, Arsenal.

PERTAHANAN
LUKE Shaw dijangka melakukan banyak hantaran lintang berbahaya kepada Cristiano Ronaldo sekali gus mampu mengutip banyak mata sebagai pemain pertahanan. Lucas Digne dan Sergio Reguilon juga boleh memastikan gawang pasukan mereka tidak dibolosi.

PENJAGA GOL
DAVID De Gea mempunyai kemampuan untuk mengekalkan clean sheet dengan kehadiran bek tengah baharu daripada Real Madrid, Raphael Varane seperti dilakukan ketika United menentang Wolves hujung bulan lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI