fbpx

Fenomena ikan lumba-lumba, paus Kogia terdampar berturut-turut jarang berlaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengasas Perlis Nature and Wildlife (PNW), Syamil Abdul Rahman (kanan) bersama ahli PNW dan nelayan menyelamatkan ikan lumba-lumba yang terdampar di pesisiran pantai Kuala Sanglang, baru-baru ini.

KANGAR – Fenomena ikan lumba-lumba dan paus Kogia terdampar di pesisiran pantai Kuala Perlis serta Kuala Sanglang dekat sini secara berturut-turut iaitu empat kes sejak minggu lalu merupakan kejadian yang jarang berlaku.

Pengarah Perikanan Negeri Perlis, Ismail Ibrahim berkata, ikan tersebut dipercayai terdampar di pantai berlumpur kerana mengejar sumber makanan iaitu ikan kecil lain dan tidak sempat kembali ke tengah laut apabila air surut.

Katanya, mamalia marin berkenaan yang sememangnya boleh didapati di sekitar Selat Melaka dan Kuala Perlis menjadi antara persinggahan sehingga ke Langkawi, Laut Andaman dan Lautan Hindi.

“Ikan lumba-lumba ini memang kerap ditemui di perairan Kuala Perlis pada September dan Oktober tetapi kalau terdampar secara berturut-turut dalam masa terdekat itu jarang sekali.

“Selain kejadian baru-baru ini, pada bulan April lalu ada satu kes ikan lumba-lumba terdampar tetapi dalam kes tersebut ikan itu ditemui sudah mati,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, antara hidupan laut yang boleh ditemui di perairan Kuala Perlis termasuk ikan lumba-lumba jenis Bottlenose dan Irrawaddy serta ikan paus yu.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya sering bekerjasama dengan rakan strategik mereka iaitu Komuniti Perikanan (myKP) sebagai mata dan telinga jabatan tersebut di lapangan.

“Kami menjangkakan latihan simulasi bagi menyelamatkan mamalia tersebut akan diberikan kepada komuniti nelayan menjelang awal tahun depan supaya proses menyelamat dapat dilakukan dengan betul.

“Kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini menyebabkan kita tidak boleh buat secara fizikal,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya juga akan mendapatkan kepakaran dari Institut Penyelidikan Perikanan Rantau Abang untuk membantu memberi latihan kerana kepakaran mereka adalah dalam mamalia marin. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI