fbpx

Dua lelaki lemas disedut salur keluar kolam lombong bijih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba mengangkat mayat mangsa yang lemas di kolam tadahan lombong bijij besi di Batu Talam, Cheroh dekat Raub hari ini.

RAUB – Dua lelaki lemas selepas disedut paip salur keluar kolam tadahan lombong bijih besi di sebuah kawasan perlombongan bijih besi di Batu Talam, Cheroh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 pagi itu kedua-dua mangsa iaitu Siak Teck Wah,53, dan warga Indonesia Adi Piter,25, terjatuh ke dalam kolam berkenaan ketika melakukan kerja penyelenggaraan.

“Berdasarkan makluman daripada saksi menyatakan dia ada menghubungi mangsa (Siak Teck Wah) untuk memberitahu air kolam tadahan berkenaan keruh dan 10 minit kemudian seorang rakannya menjerit menyatakan mangsa jatuh ke dalam kolam.

“Saksi berlari menuju ke lokasi kolam tadahan berkenaan dan nampak mangsa bersama seorang lelaki Indonesia (Adi Piter) jatuh di dalam kolam berkenaan dan disedut oleh paip salur keluar,”katanya di sini, hari ini.

Menurut Kama Azural, mayat kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Raub untuk bedah siasat.

Dalam pada itu, beliau berkata, mangsa pertama iaitu Adi Piter ditemukan pada pukul 12.30 tengah hari berdekatan paip salur keluar manakala mangsa kedua ditemukan berhampiran dengan kaki kedua-dua mangsa berada dalam paip salur keluar.

Katanya, jengkaut digunakan untuk membuka salur kolam yang mempunyai kedalaman lima meter dan mengandungi pasir jerlus berkenaan bagi membolehkan mayat mangsa dibawa keluar. – K! ONLINE

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI