PETALING JAYA – Sebanyak 23 kawasan di empat buah negeri diramal berdepan cuaca ribut petir dan hujan lebat malam ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata, negeri terbabit adalah Kelantan, Terengganu, Pahang dan Sarawak,
Kawasan terlibat di Kelantan adalah Kuala Krai dan Gua Musang, manakala Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun, Kemaman dan Hulu Terengganu.
Bagi Pahang di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Temerloh dan Maran, manakala Sarawak di Kuching dan Lundu, Samarahan, Bentong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit dan Bintulu. – K! ONLINE
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929